Thursday, November 8, 2018

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN DI TADIKA TEBAHAGI KEPADA 3 PERINGKAT
 ( SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS)


SEBELUM

*SEBELUM MULA MENGAJAR GURU HARUSLAH MEMBUAT RANCANGAN PENGAJARAN (RPH) UNTUK MEMUDAHKAN GURU KETIKA MENGAJAR

SEMASA

*SEMASA MENGAJAR GURU PERLU MENGIKUT RANCANGAN MENGAJAR (RPH) YANG TELAH DIBUAT

SELEPAS


*SELEPAS MENGAJAR GURU HARUS MEMASTIKAN SEMUA MURID-MURID MEMAHAMI




ASAS KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU UNTUK MENGURUSKAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS

  • BERFIKIR
  • MERANCANG
  • BERKOMUNIKASI
  • MENGURUS
  • MENYELIDIK DAN MEMPEROLEH MAKLUMAT
  • MENGURUS ICT
  • PEMUDAHCARAAN
  • KEMAHIRAN
  • BELAJAR

Friday, November 2, 2018

Pengenalan Pengurusan Alam Pembelajaran

Didalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Selain itu, kecekapan guru dalam menjalankan tugas sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Maksud Pengurusan Alam Pembelajaran


  • Menurut Haji Samsudin Bin Md Nor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.

  • Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
ALAM PEMBELAJARAN

Alam pembelajaran yang saya akan kaji ialah alam pembelajaran di tadika. Alam pembelajaran di tadika adalah satu perkara yang paling penting kerana Tadika adalah permulaan daripada pembelajaran formal bermula. Oleh sebab itu, alam pembelajaran di tadika adalah lebih banyak pembelajaran yang berlaku kerana murid-murid akan menjumpai atau menemui perkara yang baharu.

Saya dapat melihat bahawa alam pembelajaran ditadika adalah sangat  penting untuk dijaga agar dapat menunjukkan kepada murid-murid bahawa sekolah adalah suatu tempat yang menarik dan dapat menarik minat mereka untuk belajar.

Sunday, October 7, 2018

Tajuk Kajian

Kumpulan saya telah diberi satu tajuk iaitu Alam Pembelajaran. Kami dikehendaki untuk pergi ke sekolah dan melihat suasana sekolah dan melihat cara pembelajaran di sekolah. Selepas membuat lawatan ke sekolah kami akan membuat satu pembentangan yang akan dibentangkan di hadapan pensyarah dan rakan-rakan sekelas.

TERUSKAN MEMBACA BLOG SAYA 😬

Pengenalan Diri

Nama : Putri Nor Amnah bt Amiruddin
Id Kad : D20172080526
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dengan Kepujian (AT22)

Dalam kursus pengurusan pembelajaran ini kami akan mempelajari cara untuk mengurus bilik darjah dan mengurus pelajar. Pada pertengahan semester kami akan pergi ke sekolah untuk melihat keadaan sekolah berdasarkan tajuk yang kami dapat.

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN DI TADIKA TEBAHAGI KEPADA 3 PERINGKAT  ( SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS) SEBELUM *SEBELUM MULA MENGAJAR ...